Wednesday 9 October 2013

Tips Mengawal Api Kemarahan

Posted by Farah Aziz at October 09, 2013
Haaa...
Kelas kau Jah topik aku hari ini!
KAU HADO????

Baru - baru ni aku ternampak artikel mengenai tips untuk mengawal perasaan marah. Menarik, bukan? Korang pernah kena marah?atau mungkin korang sendiri pernah marah pada orang lain. Marah sangat sampai rasa macam badan berapi - api gittew!


Memang normal untuk kita yang marhaen ni untuk berasa marah. Tipu lah kalau korang cakap selama korang lahir kat dunia ni, korang belum pernah marah pada seseorang! Kalau Rasulullah S.A.W tu aku percayalah. Percaya atau tidak, perasaan marah yang terlampau boleh mendatangkan kesan buruk ke atas kesihatan individu, contohnya migrain.

Disini ada beberapa tips yang boleh anda dicuba bagi mengawal perasaan marah:


  1. Luangkan masa bersendirian seketika dan tarik nafas yang dalam (perut) dan kira 1 hingga 10 secara perlahan - lahan;
  2. Apabila reda, luahkan ketidakpuasaan hati secara asertif tanpa menyindir atau menyentap perasaan orang lain;
  3. Bersenam, seperti ambil masa berjalan menghirup udara yang segar;
  4. Berfikir sebelum berkata kerana apabila kita marah, kita cenderung untuk mengeluarkan kata - kata kesat yang boleh menyebabkan konflik;
  5. Cuba mencari jalan penyelesaian disebalik sesuatu punca kemarahan;
  6. Elakkan berdendam, sebaliknya cubalah belajar untuk menjadi seorang yang pemaaf;
  7. Mengambil ringan sesuatu permasalahan tersebut dengan menyelitkan unsur - unsur jenaka;
  8. Kuatkan spiritual korang dengan memperbanyakkan amal ibadat; dan
  9. Minta bantuan orang lain, sekiranya perlu.

Selamat mencuba uols...

p/s: Sesungguhnya syaitan mencari pelbagai punca untuk membangkitkan kemarahan kaum - kaum Adam

0 comments:

Post a Comment

 

Farah PinkLady Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review